kadang-kadang kita ni, bila nak ke shopping complex terase dekat je. tapi bila nak ke masjid. padahal sekangkang kera je. ya Allah terasa macam a thousand kilometre per mile per hours per second. ish. ish. itu lah kita kan. ok mula bulan mulia ni ayuh kita ringgan kan jiwa untuk ke rumah Allah. lagi-lagi para pemuda yang soleh dan tampan tu. ha! jangan lupa tau ke masjid. saya bangga melihat pemuda-pemuda yang sering ke rumah Allah. memang machoo kan. ayuh! ke masjid. lagi-lagi,masjid sekarang dah advance ada aircond. ada pulak suluhan lampu-lampu jurai yang cantik lagi. SubhAllah.nak berdoa pun best. sempena ramadhan mubarak ni. kalau ada kelapangan jangan lupa solat di masjid tau tawan-tawan. dapaaat banyak pahala. pastu dapat makan moreh pulak tu.
geli hati teringat upin ipin cakap dalam episod tarawih .dieorang cakap. "teruk kite kena hentam gan kak ros malam tu. teruk.teruk.teruk. ha! lepas semalam tu, kiteorang dah tak main dah. kiteorang semayaaaaaaaang je betul.betul.betul"
promote masjid kat negeri sendiri. hehe. kalau tak tertarik lagi lah hati-hati kita semua nak ke masjid tak tau nak habaq apa lagi dah. terpulang lah. tiada paksaan dalam beragama. tapi kita ni kalu tak paksa memang susah nak buat sesuatu kebaikkan. macam saya ni lah. padahal pintu masjid sentiasa terbuka untuk hati-hati yang ingin mendekati diri pada Allah. bertuah kita as a muslim. masjid kita boleh lawat bila-bila masa. ada sahabat saya yang kristian tu, sungguh taat pada agamanya. namun sayang nak ke gereja pun hanya pada waktu-waktu tertentu. kita tiap masa berjemaahkan. kagum saya dengan agama islam ni. moga hidupku matiku dalam agamaMu ya Allah. sama-sama kita berdoa.
1 comment:
Post a Comment