Izinkan aku sampaikan walau satu ayat

<
ballighu 'anni walau aayah. maka izinkan aku berkongsi walaupun satu ilmu.

July 28, 2011

wahabee

secara jujur memang saya tak mendalam bab berkaitan dengan defini wahabi. ramai sahabat nasihat berhati-hati dengan wahabi. insyAllah. kadang-kadang timbul kekeliruan pada kotak minda saya tentang perkataan wahabi ni. tiap-tiap laman saya explore dan baca apa yang tersirat sebalik wahabi. ada kata wahabi pengkhianat agama. tapi ada jugak saya terbaca salah faham tentang wahabi dalam belog ustaz-ustaz. moga Allah memelihara akidah kita semua. sejak saya berhijrah ke arah lebih baik ni. banyak video-video ulamak yang saya sering kongsi kepada para sahabat. cuma pesanan saya pada sahabat-sahabat. janganlah disebabkan isu wahabi kita membenci ulamak. sekiranya terdapat yang baik, kita sama-sama ambil manfaat.apa yang meragukan kita cuba elakkan. teruskanlah menuntut ilmu. kadang-kadang, tak mustahil ilmu Allah tu kita boleh dapat dari seorang penagih dadah. buatnya, si penagih oyak ke kita " tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan". kita tetap kena ambil setiap zarah kebaikkan yang sampai pada kita. namun harus berhati-hati sewaktu menerimanya. kerana tak semua yang nampak baik itu benar. tapi yang benar itu semestinya baik. ha! kan. lagi-lagi manusia macam saya yang tengah membaiki diri ni.

video ringkas tentang isu wahabi


ustaz azhar idrus

ada orang cakap pada saya yang DR MAZA sebahagian dari wahabi. walaupun pun masih kabur dengan isu ini. namun yang saya suka pada DR MAZA ni. beliau suka memotivasikan jiwa. tapi apa yang kurang betul of course saya akan tolak dengan baik.



sesungguh yang baik itu datang dari Allah. Allah itu sentiasa berada dimana-mana. maka berhati-hatilah dan mohon agar Allah sentiasa memelihara akhlak dan akidah kita.


2 comments:

Anonymous said...

nice one.. ambil yg baik, buang yg keruh...

khairina abessinia said...

=) thx bro/sis