Jazakallah! terima kasih ya Allah kerana membuka hati-hati kami untuk merai cita-cita menjadi si solehah. ya! solehah itu bukan hanya pada perkataan atau nama sahaja. namun, solehah adalah gelaran untuk semua wanita yang bercita-cita merubah dirinya kepada kebaikkan.si solehah itu, solatnya dijaga. auratnya disempurnakan. taat pada si suami. percakapannya dijaga. maruahnya dijunjung tinggi. al-quran sentiasa dijadikan bahan bacaannya. zikir menjadi kekuatan dalamannya. ibu yang bijaksana. maaf, walaupun diri ini belum bergelar isteri dan ibu. impian dihati berhajat untuk menjadi yang terbaik. insyAllah. wahai jodohku, bimbinglah aku, tegurlah aku, didiklah aku, agar menjadi insan yang peribadi mulia walaupun tidak semulia Siti Khadijah, Siti Aisyah, Siti Fatimah, Maryam dan Zulaikha. berilah aku dorongan agar aku sentiasa kuat untuk memelihara keluarga kita. sesunggunhnya kau lah suamiku dunia dan akhirat yang telah tercatat di Luh Mahfuz. tiba-tiba ada makcik tu cakap "timah sayang abang". hehehe
Buat para pemuda, yang berhajat untuk berkhawin. anda disarankan untuk menonton video ini.
No comments:
Post a Comment