ya Allah aku mengadu padaMu.lemah kekuatan ku, hinanya diriku dikalangan manusia.insan bila merintih ia merasakan ia dekat pada tuhan. -Dr MAZA-
Sejujurnya setiap insan lebih banyak menangis dari tertawa. sejak keluar dari perut ibu kita dah mula menghiasi dengan tangisan-tangisan. tangisan bukan lah menunjukkan kita ni lemah. tapi tangisan adalah ubat yang dapat menyucikan hati dari segala keegoaan kita. pemuda yang paling tampan adalah yang pernah menangis dihadapan Allah. wanita yang paling cantik adalah wanita yang pernah menangis dihadapan Allah. lagi-lagi bila ditimba suatu musibah. Allah. murah benor-benor air mata kita kan. menangis, merintih pada Allah taala. ya Allah, kurniakan aku itu dan ini. macam-macam yang kita mintak pada Allah taala. kerana pada Allah lah selayaknya kita menyandarkan segala pengharapan bukan pada manusia. mintalah sebanyak mungkin kerana itulah jalan untuk kita lebih dekatkan diri pada Dia. Allah suka lihat hambaNya merintih menangis dan berharapNya. sebab Allah sayang hambaNya. namun, segelintir hamba yang sangat sombong dan angkuh pada Allah taala. sehinggakan tak mahu mintak memohon hajat dan berdoa pada Dia. tapi Allah itu ar-rahman, Dia masih beri peluang pada hamba-hamba yang sedang berada dalam kesombongan.
Sahabatku sayang, aku suka menyelami hati-hati sahabat yang sedang bersedih. namun hanya satu kata semangat yang aku dapat beri. "kembali lah kau pada Allah", merintihlah, mengadulah. kau akan temui pintu keluarnya. yakinlah. memang hakikat manusia bila susah baru nak pergi pada Allah. sedang dalam kesenangan jarang sekali ingat pada Allah. inilah kita. hamba yang masih kurang syukur atas nikmta-nikmat Allah taala. semoga Allah pelihara kita semua.
satu doa yang nabi ajar. malah tiap pengakhiran doa kita jangan lupa baca doa ini. doa ini sangat simple tapi maksudnya sangat menyeluruh. sama-sama kita amalkan :
"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka". QS. Al Baqarah 201.
sahabat doakan aku agar istiqamah dalam kebaikkan. dan kita dapat bersama-sama berkumpul di syurga Allah nanti
No comments:
Post a Comment