Izinkan aku sampaikan walau satu ayat

<
ballighu 'anni walau aayah. maka izinkan aku berkongsi walaupun satu ilmu.

July 20, 2011

kekuatan hati



minda tajdid oleh dr MAZA buat aku sedar tentang hakikat hidup ini.. sungguh dunia hanyalah persinggahanku yg sementara sebelum balik ke negeri yang kekal abadi iaitu akhirat. namun, sementara untuk sampai ke negeri itu dengan baik banyak proses kepayahan yang perlu dilalui.g,gif 

bagi sahabat-sahabat yang terasa sedang menghadapi kesusahan dan kepayahan. bukalah video minda tajdid oleh Dr MAZA. Ustaz memang pandai menyelami hati-hati insan yang sedang bersedih menghadapi kepayahan hidup dek ujian-ujian yang kadang-kadang melemahkan jiwa kita. of course,percakapan Dr MAZA banyak memujuk hati dan membangkitkan semula jiwa yang lemah.

Moga Allah sentiasa meredhai Dr MAZA











Inilah hakikat Perjalanan hidup kita..Pilihan Ditangan Anda..
Jadilah Seorang Mukmin Yang Bijak
--------------------------​--------------------------​---


“Adakah kamu lebih redha dengan kehidupan dunia dan kehidupan akhirat?
Tidaklah kehidupan dunia melainkan kesenangan yang sedikit jika dibandingkan dengan kehidupanakhirat

[Surat At-Taubah,ayat 38]

KUBUR
-----------------
Sabda Nabi SAW : “Apabila seorang mukmin diletakkan dalam kuburnya datanglah
(malaikat-malaikat) kepadanya lalu dia mengucap..’’

[Hadis Riwayat ileh Al-Bukhari]

TIUPAN SANGKAKALA
--------------------------​----
Dan ditiuplah sangkakala,maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa
Yang dikehendaki Allah .Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi maka tiba-tiba
Mereka berdiri menunggu (keputusannya masing-masing).”

[Surah Az-Zumar ,ayat 68]

DIHIDUPKAN SEMULA
--------------------------​--
Sabda Rasulullah SAW: “Dibangkitkan setiap hamba (manusia) mengikut sebab kematian masing-masing .”

[Hadis diriwayatkan oleh Muslim]

AL-HASYAR
--------------
Manusia Dikumpulkan

“Pada hari bumi diganti dengan bumi yang lain dan langit-langit begitu juga ,
Dan mereka dating di hadapan Allah yang Maha Perkasa”.

[Surah Ibrahim ,ayat 48]

SYAFAAT
-------------------
“Dan tidak memberi syafaat itu melainkan daripada orang yang diredhai sahaja”

[Surah Al-Anbiya,ayat 28]




PENYERAHAN KITAB
--------------------------
“Dan siapa yang diberikan kepadanya kitab di sebelah tangan kanannya maka dia
Akan di hisab dengan mudah dan dia akan kembali kepada kaum keluarganya dengan keadaan gembira…..”

[Surah Al-Insyiqaq ayat 7-12]


HISAB
-----------------
“Sesungguhnya kepada Kami mereka kembali Kemudian itu urusan Kami memeriksa mereka”

[Surah Al-Ghasiyah,ayat 25-26]


TIMBANGAN AL-MIZAN
--------------------------​--------
“Dan Kami memasang timbangan yang tepat pada HAri Kiamat,maka tidak seorang
Pun dirugikan walau sedikit; sekali pun hanya seberat biji sawi, pasti Kami mendatangkan (pahala). Dan cukuplah Kami yang membuat perhintungan”

[Surah Al-Anbiya ,ayat 47]


TELAGA (AL-HAUDH)
--------------------------​--
Sabda Baginda SAW: Sesungguhnya pada tiap-tiap nabi ada telaga dan mereka berharap siapa paling banyak pengikut yang meminumnya.”

[Hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi]


UJIAN KEIMANAN MANUSIA
--------------------------​---------
“Dihari dibukakan betis dan diarahkan sujud tetapi mereka tidak mampu “

[Surah Al-Qalam,ayat 42]


MUKMIN
----------------
Pada hari ketika orang-orang munafik lelaki dan perempuan berkata orang yang beriman
“tunggulah kami supaya kami dapat mengambil sebahagian dari cahayamu”…

[Surah Al-Haadid,ayat 13]


TITIAN AS-SIRAT
--------------------------​--
“Sesungguhnya tidak seorang pun di antara kamu yang tidak melaluinya….”

[Surah Maryam,ayat 71]

AL-QANTHORAH (TEMPAT MEMBALAS HUKUMAN)
--------------------------​--------------------------​--------
“Dari Abi Sa’ed Al Khudir telah berkata Rasulullah SAW telah bersabda , “Apabila orang-orang mukmin terselamat dari neraka maka mereka ditahan di satu tempat
Namanya Al-Qanthorah di antara syurga dan neraka .Maka diqisas (dibalas sebagaimana diperlakukan di dunia seperti tumbuk balas tumbuk )diantara mereka beberapa kezaliman sewaktu dii dunia..

[Hadis diriwayatkan oleh Al-Bukhari]


SYURGA
---------------
“Dan adapun orang-orang yang diselamatkan tempatnya di dalam syurga ,mereka tetap di situ selama ada langit dan bumi , melainkan menurut kehendak Tuhanmu.Pemberian yang tiada putus-putusnya”.

[Surah Hud,Ayat 108]


No comments: